SmartSelect_20200525-233637_inCollage.jp

Kisah 

Kejayaan Kami

sejak 1980'

Syarikat kami

Truck Venture Sdn Bhd (TRV) merupakan pengedar Isuzu yang sah di Petaling Jaya. Untuk pengetahuan anda semua, TRV adalah satu-satunya pengedar Isuzu lori yang dilantik untuk kawasan PJ. Bertempat di lokasi yang strategik, TRV memberi liputan penjualan terbaik di kawasan KL Selangor.
 

TRV juga bekerjasama dengan pejabat utama Isuzu di Malaysia iaitu Isuzu Malaysia Sdn Bhd, untuk memastikan pelanggan komersial kami berpuas hati dengan lori jualan kami yang memenuhi keperluan perniagaannya.


Berdasarkan sokongan yang kuat daripada pelanggan, kami dengan bangga dan bersyukurnya mengumumkan bahawa syarikat kami adalah Pengedar Lori Isuzu No. 1 di Petaling Jaya. Kami adalah pakar dalam penjualan semua jenis Lori Komersial. Kami mempunyai rekod prestasi dalam memenuhi pesanan pembelian lori secara pukal (bulk purchase) daripada pelanggan korporat yang besar dan juga berpengalaman dalam pengubahsuaian badan lori mengikuti spesifikasi pelanggan.

 

Sejarah kami

Kejayaan kami adalah berdasarkan hasil kerja dan rekod jangka panjang Kumpulan Syarikat kami. Perniagaan jualan kenderaan kami adalah beroperasi secara utama di bawah Seemsoon Motor Enterprise Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak tahun 1980-an. Seemsoon adalah terkenal di bandar Ipoh sebagai pengedar bagi pelbagai jenis kenderaan dan juga pusat "One-Stop" untuk rangkaian perkhidmatan yang melibatkan penjualan kenderaan baru dan terpakai, perniagaan sewa beli, insurans dan sebagainya. Ini membolehkan kami memberi kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Kumpulan Syarikat kami sentiasa berusaha untuk mengembangkan perniagaan kenderaan kami. Sejak beberapa dekad yang lalu, kami berkembang pesat dalam perdagangan kereta terpakai dan industri automotif kereta baru. Kini, Kumpulan Syarikat kami mempunyai pengalaman yang lama dan rekod perniagaan yang bagus dalam perniagaan kenderaan komersial dan persendirian.
 

Pengurusan kami

TRV adalah syarikat bersekutu Seemsoon dan mempunyai pengarah-pengarah dan barisan pengurusan yang sama iaitu, Pn. Tan Khin Huah, Cik Loo Siel Wooi, Cik Loo Siok Yee dan Cik Loo Siok Hua. Pengarah-pengarah kami mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran antara 20 hingga 50 tahun dalam industri automotif.

Pengedaran Isuzu lori di TRV adalah diuruskan dan diketuai oleh Cik Loo Siok Hua.

Sila beri sokongan anda kepada syarikat kami. Kami berkomited untuk menyampaikan kepada anda kenderaan yang paling sesuai dan berkualiti.

Terima kasih.